Kiara Downhill Dominination 3# series

PLACE : KIARA LA
DATE : JUN 29,2008 (SUNDAY)


Ari ni sepatutnya aku kena keja ada program / majlis pelancaran di One Utama dengan VVIP nya Datin Sri Janne n Datuk Ismail Sabri.....abih je majlis n makan makan aku ngn wife terus g kiara takkan nak miss kot tengok event ni rugi looo.plan asalnya aku ingat mau g jamboree at kuala kangsartu tapi memandangkan kena keja kebetulan plak price minyak naik tak ler g hahahaha alasan semua tu hahaha..... kitaorg sampai time katagori master tengah berlangsung nasib sempat lagi.. walaupon ujan semakin turun n menyebabkan trek ada la sedikit lembab n lincin aku tegok rider sama jer gilanya makin laju ada jer...aku tungu at drop before ending line tu amik gambar.. nak naik atas buat penat jer rasanya....



full result at this > link

Please Respect Cyclists.We Are Road User Too

putrajaya critical mass 3# series

DATE : 27 JUN 2008
TIME : 9.00 PM
PLACE : AROUND PUTRAJAYA

This is my 3rd time I follow Putrajaya Critical Mass..waaahhh semakin up grade event bulanan ni. Congratulation to the organizer (Mr Daoh his nick in BBS) coz this time I think sungguh berjaya. Walaupon ada org critics this event on his blog..tapi aku tengok macam hampir setarus or more riders (gile ko ramai tu) tak kira la lu ride MTB ke Road Bike ker janji kayuh... ramai yang datang dari perusuk lembah kelang tak tau la plak kot kot ada yang datang dari seremban ker ipoh ker mana la tau kot kot ada yer hehehehe
pic aku grap from daoh hahaha my manager (baju orange tu) sedang memberikan tumpuan penuh mendenga perbincangan kitaorg hahaha
Aku mula sampai pon jam 9.15 un load bike then tunggu with my wife ingatkan 9.30 dah boleh jalan tapi tengok semakin ramai plak yang datang geng geng Malakof and Triathlon pon ada datang…….maybe disebabkan Kevin (Bicycle Buy Sell admin) iklankan ride ni dalam BBS coz semua rider yang aku tanya semua cakap tangok dalam BBS tu…thank bro lu memang best….keseronokan dtambah plak dengan mamat nie Mr ALif ( his Nick on BBS) yang datang bawak satu trak geng geng dia dari Universiti Pertanahan Sg Besi punya la ramai… ride kali ni pon aku kenal la gak ngn one of my blogger friend Mr Don dari puchong with his KONA (sorry bro tak sempat nak berkenalan lanjut nnti kita sembang lain di ride akan datang)….turut memeriahkan ride kali ni dengan kehadiran rider kecik umor dia aku pon tak tau mcm baru darjah satu dua jer yang datang ngn ayah dia (bagus tul bapak budak ni) yang dasatnya boleh dia ride jauh jauh gini tak der rupa penat langsung ditambah dengan sokongan moral dari rider yang lain yang follow and cover budak ni so makin ligat la dia kayuh hehehehe
turut ride mlm tu Mr. Flat geng2 chat box BBS gak dia ni

Kitaorg tiba semula di tempat bermula pada jal 11.45pm pastu lepak jap kasi kering peluh then balik wife aku pon dah buat muka rabbit dia kena tunggu lama kat keta sampai tertido (tu la org suruh balik dulu tak nak )
pic i grap from ahwbiking

View Interactive Map on MapMyRide.com



Please Respect Cyclists.We Are Road User Too

Puchong - Seremban Ride

Dah tak tau nak ride mana minggu ni so kebetulan wife pon ajak balik umah mak mertua so aku amik keputusan balik seremban kayuh jer la dah lama gak tak kayuh rasanya sejak joint budak budak ipoh ride pusing Malaysia (KAYUHAN MAKNA) n time Critical Mass ari tu.

Start kuar umah dari puchong kul8.30am hujan plak time tu tak pe la nak tunggu tengahari kang panas sangat plak (gelap kulit i heheheheh :P)

Mula mula ride wife ada escort sekali sempat la dia amik gambar dua tiga keping nasib time aku climb bukit kat mantin tu dia tak amik kalu tak malu jer dah tercungap-cungap climb bukit tu tinggi la plak.

Perjalanan aku bermula dari Puchong – Kajang – Semenyih – Beranang – Mantin then last Seremban sebelum tiba di umah mertua di area paroi. mula - mula senyum jer latime ni boleh la lagi
nasib gambar dari belakang kalu tengok dari depan.....mmmmm

Tiba di paroi jam 11am hahahaha
average speed : 25.8km/h
average Heart Rate : 132 (macam gampang tak fit langsung...)
Max / Min Climb : 702ft / 52 ft.
Ascend / Descent : 734.91ft / 518.37ft





Please Respect Cyclists.We Are Road User Too

my new house

ari tu bosan bosan dok umah tetiba jer teringat umah kat semenyih tu apa a citer dah lama tak g tengok....so ptg tu ajak wife aku g tengok boleh la kira berapa lampu ker kipas ker yang nak kena beli..

mmmmmmmm tinggal jalan jer tak siap lagi


mana la kontraktor nak pasang kitchen cabinet ni


tinggi gak tangga ni bahaya ni

location : Taman Pelangi Semenyih, Semenyih, Selangor
Alamat : Ntah ler tak tau lagi...nnti aku kasi alamat korang datang la yer time aku buat kenduri masuk umah nnti

Price : Rahsia hahahahaha
tarikh dijangka siap : bulan 10 2008.
Developer : GERAK TEGUH SND. BHD (METRO KAJANG HOLDING)
jenis umah : Teres Double Story. (on the up stair u can see broga hill hehehe)



nnti aku post pic lain lagi takkan nak tunjuk semua kot tak best la

Please Respect Cyclists.We Are Road User Too

BALLEH - KAPIT WATER RAFT SAFARI FESTIVAL.

Sorry la still no Mountain Bike story this time hehehe this time my team and me go to Kapit Sarawak to joining water rafting race that took two days from starting point to arrived at finishing line waah have to get very strong mental and endurance fitness..
DATE : 17 - 21 April 2008
VANUE : KAPIT, SARAWAK

Perjalanan bermula dari Bandar Sibu. Dari airport sibu kami naik Cab to terminal feri sibu. Naik boat express yang panjang tu menyusuri sungai batang Rajang selama 3 jam untuk tiba di pekan Kapit. Ketibaan kami disambut oleh pegawai belia dan sukan bahagian Kapit n his officer. Diaorg bawak kami check in di river view hotel (kalu kat tempat kita dah kira cam rumah tumpangan dah). Rest jap kat bilik petang tu baru la pusing2 tak sampai 30 minit dah abih pusing pecan kapit bukan besa mana pon kalu kita jalan dalam Carrefore or tesco pon besa lagi. Malam tu bersiap tuka beg to water dry bag supaya tak basah abih baju nak bawak sok.then kitaorg ke rumah sepupu kawan ktaorg utk dinner makan ikan terubuk hahahah aku tak makan banyak coz tulang banyak sangat la
The next day, jam 10.00am kami ke jeti utk naik boat panjang ke starting point kami di sungai kain..ingatkan dekat rupanya trip makan masa hampir 10 jam. Dari mula mula bising atas boat seronok sampai masing2 sunyi jer boring lama sangat. Berhenti di tepi sungai sekejap utk makan tengahhari sebelum sambung perjalanan... tiba di kawasan sungai kain mula la mengharung jeram dah tak pasai2 kami kena turun tolak boat plak nak dijadikan citer injin boat plak rosak adoiii la tenuk tul dah la kena tunggu lama plak.
Petang dah nak gelap baru la kami sampai di Rumah panjang that call Rumah Gare, Sungai kain. Tak tau nak citer mcm mana pendalamannya ni aku yg dah biasa sangat travel la masuk hutan la tak pernah terbayang aku ada lagi org tinggal jauh pendalaman mcm ni. Macam mana la diaorg hidup yer. Sampai jer di starting point tak habis penat lagi tercabar jiwa dan raga bila tengok rakit kami mcm gampang teruk gile buluh pon baru tebang jer berat semacam tak guna tul org ni dah ler kami bayar mahal utk upah buat diaorg sabotaj plak nak bising kang tak kuar balik plak kitaorg so time tu gak dengan bantuan budak2 Kelab Rakan Muda bahagian Kapit kitaorg perbaik rakit Then kitaorg dari putrajaya diserahkan kepada keluarga angkat yang kononnya akan menjaga ktaorg sepanjang di sini so tido pon kat umah dema. Masalahnya time makan ler heheh paham paham ler heheh bos aku pon tak confident jer dok belasah ikan ngn sayur jer hehehe aku????mmmm apa yang blh makan aku makan jer hahahahaha
Upacara majlis perasmian dijalankan di rumah ni and they make some upacara dari kaum iban hahaha my team manager kena pergi depan kena minum tuak hahahah nasib baik ada kawan yang boleh minum.
Jam 4.30am kami dah kena bangun to prepare b4 the race began. Sementara perbaik nak start sempat la perbaik rakit n cari some kayu. Race start by 6.30am and our team is 2nd team yang berlepas. Berat gila babi punya rakit tak sampai 1km dh ada team belakang potong sakit ati tul tapi nak buat camner terus jer la. Dayung la pelan2 redah jeram yang tak ler hebat sangat seperti yang di perkatakan. Berapa jam ntah la kami harung jeram sungai kain ni before keluar ke sungai yg lebih besar iaitu sungai Balleh. Nak ikut arus dia punya la seksa dengan raft yang berat ni jenuh la... siksa atas raft berterusan bila makanan pon tak cukup ada biskut and megi jer so makan megi kering ler nak best skit bila megi tu aku campur dengan ari sungai yang bersih skit dari sungai klang tu hahaha nak buat camner dah lapa go on jer la hehehe...jam berapa aku tak pasti bila siksa ari pertama kami tiba di checkpoint iaitu di Rumah Milang, Ng Sepako. Rumah panjang yang memang panjang gile rasanya ada la dalam 300m.
Ketibaan peserta semakin bertmbah coz the next day peserta bagi lain2 acara/katagori akan bermula kami plak masuk katagori terbuka tu yg jauh bangat tu। Badan pond ah terbakar dah ni hangit semacam jer dah berjemur rumah plak panas giler abis sakit satu badan. Nak rest pon tak boleh orang sini mcm tak bagi kami rest jer dema main gong sebelah kami baring la mabuk mabuk la iyooo tumolo mau race lagi jenuh la kalu camni.
Tak sempat nak tido jam 3.30 dah bising dikejutkan utk bersedia aaaaahhhhhhh khinzir tul la dah ler tido pon tak boleh dema bising suruh bangun plak dah team aku sorang pon tak dapat rest sepenuhnya padahal race start back by 7.30 gila punya orang.
Kami turun ke sungai agak lewat banding ngn team lain coz sandal Teva 2 of my friends hilang huh huh. Kat tepi sungai tu sempat la ikat balik rakit mana2 yang longgar ad gak ler team lain ngn org kampong yang simpati tapi kalu takat simpati jer nak buat apa yer.
Start jer race kami terus dayung dayung dayung and dayung nak buat apa dah dayung jer la hehehehe nak citer apa lagi benda yang sama kami kena buat iaitu dayung jer hehehe dari sungai balleh akhirnya kami masuk ke sungai yang lebih besar iaitu sungai Rajang cabarnnya dengan kapal2 besar n tongkang2 kayu balak ombak dema punya la besar nak jadi Titanic dah raft kami ni kalu tak u jump i hold my raft la hehehe nak jadi citer time kami tengah penat dayung tu sekali ternampak seko babi yg dah mati terapung atas sungai hahaha dari penat giler tu tetiba jer jadi power mcm speed boat nak mengelak dari crash with that pig hehehe Dayung punya dayung last sekali dari jauh dah nmpak pekat kapit hahahaha besnta tpi masalah lain plak dayung laju camner pon mcm setempat jer cibai tu. Tengah ari tu mayb dalam jam 1.30 kami akhirnya tiba di pekat kapit penamat bagi acara ni hahahahaha seronoknya Sepanjang race ni Alhamdulillah tak tersempak ler dengan buaya ke apa ke biawak ada ler.
Naik jer di daratan amik angin jap terus jalan kaki ke hotel yang sama ari tu.punya la seronok dapat mandi air sejuk hehehehe rest jap before keluar makan dalam kata lain melahap hehehe 3pinggan nasi aku makan nasib baik dgn pinggan aku tak makan sekali hehehe kitaorg naik raft kat sungai ni la
Malam tu ada majlis penutup then balik tido, esoknya bangun tido makan siap2 nak balik jam 12.30 naik express boat back to sibu town. But down river just take 2 hour to reach at sibu. Pusing Bandar sibu cari makan jap then to airport. Flight transit kat kuching 8.50pm baru gerak. sementara nak tunggu flight tu lepak kat coffie bean datang plak timbalan menteri industry and asas tani jumpa kitaorg kena la layan hehehe. Sampai di KLIA terus naik ERL balik putrajaya orang rumah amik di stesen putrajaya. Lepas tu my team and me buat post mortem di kedai mamak roti kaki presint 9. Abisss citer



Please Respect Cyclists.We Are Road User Too

GEMUK

aku dah gemuk huh huh huh

dah lama betul tak masuk gym or training sebulan lebih rasanya. tengah hari tadi g timbang badan kat gym dulu 74kg skang dah 79kg huh huh huh perut pon on da way nak boroi :(
lemak sudah berkumpul di tepi pinggang huh huh huh
Minggu depan ada race water rafting kat kapit, tenggelam la raft aku huh huh huh



Please Respect Cyclists.We Are Road User Too

Bali Trip

Sudah sekian lama plan nak g Bali akhirnya tercapai jugak. Orang rmah aku yg mula2 plan nak g bali ni so bila dah ada peluang tu kitaotg g ler hehehehe

Trip kitaorg kali ni bermula dengan menaiki pasawat air asia pada jam 10.20 pagi (first time naik air asia ni). Kami kuar dari rumah awal tul jam 6am. Paking keta di rumah kawan di presint 9 then jalan kali to ERL. Sampai di KLIA plak naik bus ke LCCT tambang murah jer RM1.50 sorang hehehe sampai di LCCT terus check in.

Kitaorg tiba di Airport DenPasar bali pada jam 1.20ptg, agak lambat utk keluar coz ramai n cop passport. Ketibaan kitaorg disambut oleh guided kami Dewa nama dia (best jugak bila keluar dari airport tu ada ramai org pegang spanduk nama dan dalam banyak2 tua ada gak nama aku n bini aku hahaha) Dah berkenalan tu tempat pertama yg dituju mesti la hotel dulu check in.. kami menginap di swiss bel-hotel di nusa dua. Lambat gak ler nak check in nya bilik tak ready so pusing2 dulu la area hotel tu.dah dpt bilik rest n kemas barang kejap terus kuar balik guided amik kat hotel. Destinasi pertama kami ialah ke Uluwatu. Tak le jauh sangat ngn hotel tapi kami memasuki kawasan university dahulu sebelum tiba di Uluwatu. Jurang n pemandangan yg menarik membuatkan hati terpesona dengan keindahannya hehehe ayat buku teks sekolah hehehe uluwatu adalah kawasan dimana terdapat kuil yang agak menarik binaannya. Selepas tu kami tengok persembahan tarian bali iaitu Kechak Dance menarik gak persembahan ni n ada diselitkan unsur2 lawak hehehehe. Lepas habis persembahan lebih kurang jam 8.30pm, guided bawak kami makan di Jinbaran (taktau ler ada banyak tak Jin yang baran kat sini hehehe) tempatnya di tepi pantai n makan secara candle light dinner (romantic la tu konon) kitaorg makan ikan bakar je tak berani nak makan yg lain tak tau status halal haramnya hehehe lepas makan tak berjalan kemana hujan lebat turun so tengah makan tu balik bilik tido.

Bangun tido pagi ni terus g break first di sky roof. Jam 10.00am dewa amik kami di lobi. Location kami pagi ni adalah ke Kintamani. Jalan nak kesini agak pelik la bagi aku tak tau nak bagitau camner korang kena g tengok sendiri hehehe dalam perjalanan tu kami singgah di satu kedai yang menjual cenderahati apa nama kawasan ni ntah ler lupa plak. Kami amik masa hamper sejam lebih beli barang kat sini lepas tu baru sambung perjalanan ke Kintamani, uniknya di sini setiap perkampungan ada identity tersendiri kalu kampong tu hasilkan batik kesemunya jual batik bila masuk kawasan ukiran or painting semua jual barangan tersebut, harga semua boleh runding. Kami tiba di kintamani jam 12.20, ketinggian kawasan ni 4999ft dari aras laut so tinggi la gak di hadapan kami berhenti ad agunung berapi yang sudah tidak aktif so sempat la amik gambar 2 3 keping. Habis tu kami gerak turun mengikutt arah lain ke pekan Ubud. Situated near the islands centre and midway between Kuta and Kintamani peaks Ubud agak popular di kalangan pelancong to but some art and craft utk dibawa balik. Kitaorg jalan di sini jer amik masa 2 jam tu pon tak habis lagi, sempat la beli painting murah sangat2 kalu nak di bandingkan dengan harga di Malaysia tu pon ada sedara bagitau ada lagi kedai yg murah tak per la dah beli dah.

Habis di Ubud kami meneruskan perjalanan ke Kuta Beach. Time for shopping hahaha syurga bali peminat surfing memang murah so aku beli la skit 4-5 helai baju hehehe org rumah aku saja berapa helai baju ROXY di beli ntah ler hehehe aku ga gak butik Oakley tapi harga di rasanya murah sikit jer dari kita kat sini so tak beli ler (padahal duit dah habis hehehehe) sepanjang jalan tu kami jalan n singgah di Hard Rock cafe beli baju lagi hehehe jalan sana jalan sini sampai duit dah nak habis pon tak sedar hehehe. Dah tengah malam tu baru kami balik. Tak makan pon kat luar makan tak confident hehehe balik masak di hotel jer makan megi yg dibawa khas dari Malaysia hehehehe penat bejalan punya pasai tak sampai kul 12 dah tido

Pagi ni kami bangun agak awal terus g break first then ke Nusa Dua beach nak masuk kawasan sini agak susah la gak coz security agak ketat maybe selepas kes bali ken bom tahun 2002 dulu dema perketatkan kawalan di sini mula2 nak mandi tapi tak jadi coz panas sangat nnti gelap plak kulit i yg ayu ni hehehehe tapi bila our guided bawak ke pantai yg ok skit tak tunggu lama terus mandi gelap pon gelap la janji mandi hehehehe bila dah agak penat main ngn ombak kami pusing kejap naik keta di Nusa dua tu then balik hotel semula aku sambung mandi kat pool hotel plak hehehehe. Dah puas mandi balik bilik kemas barang ler nak balik dah huh huh huh

Jam 2.00pm kami check out. Destinasi kami seterusnya ke Dreamland kawasan yang mana menurut Dewa ia telah dibeli oleh bekas president Indonesia Pak Sukarno. Cantik tul tempat ni air laut dia pon biru je dengan wave dia yg besar memang menarik. Boleh bagi gred A la kat sini sape yg hantu amik gambar kira syurga gambar la bagi dema kat sini hehehehe lama jugak kami di sini tengok org belajar surfing, kami balik pon bila dah hujan kalu tak mayb stay lagi hehehehe then Dewa bring us back to kuta, my wife nak beli barang utk adik beradik dia plak. Dah beli apa yg pautu tu baru la kami menuju ke airport. Dah salam2 n ucap selamat pad Dewa yg jaga kami di sini kami pon check in la di kaunter air asia. Di sini memang macam gampang tak pernah lagi aku g negara2 lain bila nak ke kaunter imigresen kena bayar Tax yang bergitu tinggi Rp150,000.00 / person gila tul nasib my wife ada lagi duit so g la tukar kat kaunter penukaran wang asing. Lepak2 and pusing2 dalam airport tu sampai lenguh kaki ni kami seterusnya masuk flight jam 8.00. tiba di LCCT pada jam 10.30, 30 minit lebih awal dari waktu yg dijangkakan then kembali kepada yang asal anik bus ke KLIA then ERL ke putrajaya pastu jalan kaki ke presint 9 amik keta. Tengok keta smua berada dalam keadaan selamat baru gerak g cari makan plak dah lama tak makan yang sempurna hehehe abour 2.00am baru sampai rumah terus tido tak kata banyak dah Good nite zzzzzzzzzzZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzz

click below to see all our pic at bali




Please Respect Cyclists.We Are Road User Too

my busy month

Doesn’t know how to start my story this time but kesimpulannya start from 23 February 2008 every week ada jer aku kemana mana tak der masa tul nak rest kat rumah… on 1 Mac, my wife and me going to desaru. Tapi bukan nak berehat or honeymeoon laa pergi sama pasai kerja aiseh leceh tul. Kitaorg gerak dari putrajaya kul 5 ptg melalui highway PLUS exit di Kulai.. from that we proceed to desaru using jalan lama..ok la kitaorg lalu kat felda taib andak…ala felda yg King of SMS duduk tu la. Kitaorg sampai di desaru beach resort dalam kul 7.30 mlm ( iyoooo what a long journey) penat tul badan. Lepas check in tu aku g la jalan2 kat pantai bawak orang rumah tngok ombak beso hahahahaha.

On the next day lepas aku habis bertugas di Pengerang kitaorg terus ke mersing..menteri g sana la plak so kitaorg pon kena la g sama boring tul. Perjalanan to mersing tu agak sibuk and berbukit2 hehehe tapi yang nak jadi citer la time menteri sampai kat mersing kitaorg plak tak sampai lagi so kitaorg lagi VIP la dari dia hahahahaha kena bambu la aku pas tu hehehe.

Habis prog di mersing lebih kirang jam 5.30 aku terus blah nak balik tak tahan stay lama2 kat situ. Perjalanan dari mersing to ayer hitam lagi la teruk melalui kawasan endau rompin punya la night mare dengan kawasan hutan tebalnya la jalan punya la teruk la line tepon pon tak der masalah tul kalu la jadi apa2 naya jerk eta pon sebijik dua jer. Dekat dekat kul 7 kitaorg sampai di keluang hahah baru la msk kawasan human skit hehehehe dah sampai kluang kena la amik kesempatan minum kopi kluang station kan so by using my friend direction kitaorg cari la kat mana la station keterapi kluang tu..agak malang nasib bila dah jumpa punya la exited nak minum kopi sekali kedai dah tutup la huh huh huh berlegar la kejap kat station keretapi tu amik gambar bukti dah sampai hehehe then g cari makan. By 8.00 kitaorg gerak balik dari kluang to rumah mak mertua di seremban using jalan ayer hitam. Maintain 160km/j Tak sampai 2 jam aku dah sampai umah mak mertua hehehehe bini gua dah tido dalam keta tak der la dia bising bawak laju sangat hehehe. The next day balik putrajay trus msk keja huhuhu.

On 8 Mac plak lepas g mengundi (anto bini ngundi jer aku tak ngundi pon hahahaha) aku ride to genting follow by my manager (my wife la tu) heheheh sekali ribut la plak kat atas tu. Sampai kat genting terus call kawan aku Kotte yg keja cat logo genting atas building kat atas tu hehehehe beku dia dok sana sedangkan kat lobi pon suhu time tu 17c tak atas yg open air tu tak tau ler berapa punya sejuk ler. kawan aku t upon dah dok batuk kering semcm jer sejuk sangat katanya dah le dok buat keja berat bukan senang nak cat balik benda2 camtu.ada proses dia dulu kena grind dulu ler sapu chemical dulu la nak cat pon bukan lekat tak sempat nak kering angin dah tolak cat tu hehehe. Esoknya baru kitaorg balik hehehe


On 14 Mac plak my wife follow me balik kg hahahah baru la dapat rest kat Kampung setelah sekian lama tak balik. Ari sabtu tu g Pulai temankan mak sedara punya family merisik dgn org sana. Cara kampong tu beza sangat dengan apa yg aku selalu tengok sebelum ni dah ler mahal giler kalah bini aku yg pure KL ni ish ish ish. Malam tu aku bawak family g mandi kolam air panas di “Weng” (penah denga tak nama nie) hehehehe kul 1am baru sampai……2.30am gerak balik umah tido

Ari rabu malam baru gerak balik putrajaya for the next mission hehhehe



Please Respect Cyclists.We Are Road User Too

Le Tua d' Langkawi hehehehe


Semalam hari terakhir LTDL bagi tahun ini...banyak peningkatan yang dapat di lihat dari segi penganjuran walaupun terdapat sedikit masalah that for me tak payah bising2 orang awam tahu kritik jer tapi cuba anjurkan tengok baru tau kecik ke besa...kami di kementerian tak habis habis meeting jer memanjang sampai dah loya dah bila denga nak meeting....ada yang aku denga orang kiritk pasai persatuan lumba basikal malaysia tak serious pasai benukaran laluan terutama bagi laluan pendakian di genting highland ker freaser hill tu...tak per la biar la orang nak kata apa pon jnji tahun ni LTDL mmang best....tengok la rider kita kalu tahun dulu dulu jarang ler kita nak tengok rider malaysia kat depan tapi tahun nie ada kerja2 yang dilakukan untuk kehadapan...paling ketara pasukan pro kita LeTua yang ada buat kerja2 bagi menarik rider mereka ke depan ok la kan cuma kekadang tu nmpak ler gak cam tonton ngn rider australia tu mcm tak tolong jer si anuar manan tu utk collect point.....
Pasukan dari Serramenti PVC telah merangkumi pasukan terbaik bagi tahun ini dengan rider mereka Ruslan Ivanov berjaya merampas jersey kuning pada perlumbaan pendakian di bukit freaser sekaligus menjadikan dia pelumba individu terbaik keseluruhan dengan menyarung jersey kuning... Sementara itu, pelumba Bouygues Telecom Aurlien Clerc mengekalkan jersi hijau (Raja Pecut) dengan 90 mata sekaligus mengecewakan harapan pelumba LeTua Anuar Manan di tempat ke dua dengan 62 mata aku pon kecewa la gak tapi nak buat camner kan rezeki takat tu jer Anuar kena banyak training bukit lagi ler aku rasa coz tengok pada pendakian dia ker bukit freaser tu mcm dia orang pertama yang terpecah dari planton....
Keputusan penuh LTDL 2008


Please Respect Cyclists.We Are Road User Too

LTDL


Le Tour de' Langkawi......... tahun ni kelihatan banyak peningkatan bagi rider kita tak kisah ler dari pasukan LeTua ker pasukan Malaysia ker or Pasukan Pelapis kita. Peningkatan ketara bagi rider dari pasukan LeTua - Anuar Manan.....dasat la lu beb....walaupon dengan menggunakan basikal baru dia tu (basikal lama patah accident....kesian) tapi tk jadikan itu alasan utk mendapatkan jersi hijau selaku raja pecut sekaligus mencatat nama dalam sejarah LTDL sebagai pelumba pertama dari Malaysia yg merangkul jersi tersebut.... semlm jersi tersebut telah dirampas oleh rider dari Bouygues Telecom team...tengok dari pelumbaan stage 5 JB - bandar penawar tu mmang anuar manan terkepung menyukarkan dia utk collect point..kehadiran beberapa pro rider dalam LeTua pon aku tengok tak membantu si anuar utk collect point tak pe race masih berlangsung lagi tak abih lagi kita tunggu ler nnti..... rider pasukan Malaysia kita pon tengok banyak peningkatan ada kerja-kerja yang dilakukan utk ke depan tak ler seperti tahun tahun yang lepas dok jer kat dalam platon tu tak der usaha nak ke depan tahun ni memang best.walaupon aku tak terlibat secara langsung utk LTDL tahun ni disebabkan ada tugas tugas lain yang lebih penting tapi berdasarkan laporan yang aku terima memang positif. LTDL tahun ni tak der masalah dari segi kewangan ker or apa2 ler yang besar2. Kementerian Belia dan Sukan telah pon bayarkan hutang2 tertunggak utk penganjur tahun2 lepas bagi menyelamatkan LTDL so secara tidak langsungnya aku pon berbangga gak ler hehehehehe kita tunggu keputusan terakhir LTDL nnti hehehehe


stady la bro syukor






Please Respect Cyclists.We Are Road User Too