Respect Cyclist

Respect Cyclist......mmmmmm itulah yang rasanya semua driver tak kisah la hang bawak moto ke keta ke or keta kebal ke patut pratikkan dalam pemanduan seharian. Bukannya susah sangat just jarakkan keta ngn kita yang kayuh nih jer.

kengkadang tu sesetengah driver (sesetengah jer yer) macam tak hiraukan langsung kita yang tengah ride kat tepi jalan ni, dia punya himpit sampai kengkadang tu blh "terjatuh" atas tanah kita ni, tapi ada gak yang respect kita kayuh terutama bile kita ware complete jersey with helmet hehehe tapi kalu dilihat if kita pakai baju biasa jer they will buat tak tau je (korang perasan tak? hehehe). Kita ni pon pengguna jalan raya juga tapi yang menjadi masalahnya sesetengah rider yang jadi mat rempit berbasikal atas jalan jer yang menyebabkan driver memandang negatif, sampai ada yang dituduh samseng jalanan..so selain dari driver, kita sendiri pon kena la ambil langkah sama :D

apa pon marilah berkongsi jalan sesama, walaupun cyclist ni tak bayar cukai jalan tapi we are still pengguna jalan raya :P


Please Respect Cyclists.We Are Road User Too

Kona Ipoh MTB Jamboree

too all our team members yang akan berjuang ride tak kisah le ride makan angin ke ride bodo bodo ke or ride dengan penuh perasaan pada ipoh kona mtb jamboree ahad ni, kat ipoh tu aku nk ucapkan good luck and sorry la aku tak dapat nak joint biasa la kesihatan tidak mengizinkan hahaha

Please Respect Cyclists.We Are Road User Too

ECC Burung Hantu 2011

Selepas dua kali kejayaan menganjurkan this jamboree event, this time untuk kali ke tiganya ECC Malacca kembali untuk MTB Night Jamboree hahahaha so biler tu

Date : 1 October 2011
Place : UTeM Stadium, Lebuh Ayer Keroh Melaka. (tahun lepas kt dataran ayer keroh jer)for more detail click this link

apa pon yang pasti aku takde prepare apa langsung last kayuh before pose dulu sampai la time aku tengah taip nih huh huh huh giler punya lama rest...biasa la badan pon bukan sihat sangat dah tua la katakan. Lagi 9 hari ni apa pon tak ready lagi bike pon dalam stor jer ntah apa khabar dia skang yer.

tahun ni last tadi aku check sudah 1642 orang rider yang telah daftar, yang daftar jer tu yang kayuh jer blm tau lagi, mana la tau ada yang cuma nak goodies jer kan ke ramai riders yang macam tu tak pon ada gak kategori yang Ghost Riders ni hehehe aku pon penah jadi mcm tu so aku tau ler. kali ni jangan kena tinggal ngn teammates udah le bukan boleh harap dema semua ni hahaha

Penganjur katanya nak kasi lagi kejutan more than last years so kena la tunggu n siap sedia sikit..lampu aku skang semua dah rosak biasa la cap ayam punya lampu a.k.a pasar malam jer jadi kena la beli tambahan lagi skit malas aku nak pakai lampu mata kucing tu tak tau ler sebab apa baik pakai cap ayam jer cerah la gak.

cakap jer lebih ni tapi ptg ni still tak boleh nak g training lagi rasanya minggu depan la kot kengkawan lain minggu ni ramai yang g KONA Ride kat ipoh tu, aku mcm biasa layan open house lagi hahaha

caloss



Please Respect Cyclists.We Are Road User Too
baru baru ni dapat email dari sorang admin ada satu event ni. Sematan Endurance Challenge.

So to mana mana riders yang tak keberatan and ada kewangan untuk joint anda dijemput untuk joint this event that will be held at Sematan, Sarawak. :P

Date : 6 November 2011
Place : Sematan, Kuching, Sarawak.

nak info lebih click at picture atas ni

100km pure mountain bike offroad trails tu, gile jauh tu, nak joint kena la training lebih skit yer..

aku pon macam berminat nak g ni so kena la kira kira bajet nak g tapi kalu PCC yg 60km tu pon dah bermaki makian ni kan plak 100km lagi la hahahahaha belum cuba belum tau kan


Please Respect Cyclists.We Are Road User Too

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H

Dikesempatan ini sebelum balik nak bercuti raya ni, aku nak ucapkan

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

Kepada Semua Kengkawan, Blogger, Reader dan semua la yang baca ni tak kisah kenal ke tak..ala biasa la rmai yang kenal dalam blog n FB jer kat luar tak kenal pon hehehe

Jika ada silap dan salah, terkasar tulisan ke bahasa yang menyakitkan hati ke Mintak Maaf la yer ada masanya tak sengaja dan ada masanya memang sengaja pon hahaha biasa la manusia, sedangkan alien pon ada buat silap ini pula kita sebagai manusia ni yer


Please Respect Cyclists.We Are Road User Too

Buka Pose with Earthlink Clan Zon Tengah

Date 17 August 2011
Place : Putrajaya Maritime Centre


Kelapangan masa bercuti Nuzul Quran ari tu our team amik masa untuk sesama berbuka pose dan kali ni I mean tahun ni tidak lagi buat di bangsal port lepak selalu (lucky garden) tapi sudah ubah ke Putrajaya la plak

Location kali ni Pusat Maritim Putrajaya. makan secara buffet so blh la makan sampai muntah hahahaha awal pagi tu aku pon baru nak g cari tempat, merata la pusing g D'lanai la Umai la price semua ok cuma masalahnya tempat plak penuh, nak g pullman sampai rm100 sorang giler apa makan sampai rm100 sorang dan akhirnya dapat gak tempat ni sattle masalah
paling best kali ni walaupon buat bersama geng geng bagi zon tengah tapi kedatangan kawan dari zon utara, Rockhopper Ej amatlah dihargai hahahaha gilo turun nak berbuka pose jer pstu balik, nasib baik perak pon cuti time ni kalu tak lagi giler


kitaorang pon tak ramai ari tu 10 orang jer campur 2 baby,
so antara yang hadir, zulfadhli ismayatim, lenko, mohd edy, saiful, shaiful helmi janggot, rockhopper ej, arif shahrizal and wife, far east zainal and me

mulanya petang tu g amik ej ngn epoi janggot kt bangsar, nak masuk Kl ari tu punya la payah jem giler, biasa la orang selangor cuti so bershopping la jawabnya, dah amik diaorang tu terus lepak putrajaya jer la epoi janggot kata nak g alamanda hahahahaha lepas tu baru g pusat maritim.

sini menu dia best la gak and rasanya pon blh tahan terutama kwea tiau dia tak tau apa yang sedap sangat tapi memang sedap ler ada plak pohpiah sayur dia yang bersaiz besar tuh fuhhhh dan macam macam lagi menu dia ala biasa la buffet....

Kul 9.00 lebih baru balik lepas perut pon dah lembong hehehe

Please Respect Cyclists.We Are Road User Too

Earthlink Sg.Itik - Broken Dam "Fun" Ride

Date : 30 Julai 2011
Meet Point : Kedai Mee Kari Ami, Gopeng
Nak Ride ke Mana : Empangan Pecah nama sebenar aku tak tau

Memandangkan Bulan Puasa semakin hampir, kitaorang plan mau ride lagi but this time outside from Klang Valley la baru best n mana yang ada waterfall so member plan ride kt gopeng n kebetulan plak kitaorg memang dah tau trail tu so tak der masalah le...ke gopeng la lagi teman hehehehe ada sejarah skit tempat ni sebab dulunya ada laluan batang paip besi yang besar dari empangan di atas menuju ke pekan gopeng..masa 1st time aku ride sini dulu time tingkatan 1 kot kalu tak salah memang ada lagi paip air ni and masa aku buat Trekking Trans Gopeng Cameron Highland memang kitaorg lalu sebelah paip air ni tapi skang dah tak der kenapa diaorang buang aku pon tak tau memang rugi la bagi aku benda ni sebagai satu kenangan yang amat berharga .... click link for sejarah dia.
ok lupakan yang tu hehehe. aku ngn edy mula gerak dari rumah aku dalam jam 6.30 pagi ingatkan mau sampai awal gak le macam masa water rafting ari tu sekali sama ler tak guna bawak laju coz yang lain tak sampai lagi hehehe tempat berjumpa macam biasa la kedai mee kari ami tapi aku belasah nasi lemak kukus dia huhhhhhhhh memang sedap hehehe dalam 9.00 lebih baru yang lain sampai tapi tak terus jalan coz yang lain pn mau bfast dulu...dah siapa semua baru gerak g umah member kat pekan gopeng..tumpang paking keta kat sana..dah siap tuka baju amik gambar sekeping dua baru gerak....
dari tempat mula utk ke sana kena lalu kawasan kampung (nama kg apa aku tak tau) then melalui kawasan penanaman pokok "geharu"..climbing start lepas kawasan kampung tuh..climbing all da way atas tarmac lebih kurang 4km kalu tak salah aku le sampai di kawasan masa kitaorang nak mula main water rafting dulu..masa naik ni je masing masing dah mula belasah laju tak ingat punya...sampai atas rest amik napas jap then proceed lagi lintas sungai itik. baru nak mula kayuh balik, tak sampai 500 meter kitaorang dihalang oleh 1group lembu jumlah di punya la banyak...try la halau sekali tak lut la plak balik batu ke apa ke geng geng lembu tu semua pakat tngok kitaorg dengan muka brutal hahahaha tunggu punya tunggu sekali lembu's tu jalan la skit, kitaorang amik kesempatan la utk lalu n try acah acah skit lembu's tu hahaha sekali dia'ekor' blh la plak lari keja hahahahaha apa lagi blah la rasanya time ni azizul hasni awang pon blh kena tinggal dah lepas tu tak abih lagi bencana coz ada lagi sekor lembu besa kat hujung jalan hahahaha dia punya king la hahaha kelam kabut punya pasal kayuh masuk trek, ingatkan semua dah lepas sekali ada member sorang tak lepas lagi terkepung diantara lembu yang banyak dgn yang sekor tuh hehehe tapi akhirnya lepas la gak... dah abih gelak gelak kutuk mengutuk kitaorang sambung masuk kawasan kelapa sawit then atas skit kawasan getah..climbing climbing setan dah mula berlaku time ni kitaorang pon ride tak le belasah laju sangat bile nampak member agak jauh skit kitaorang tunggu la terutama lepas hard climb...sampai di kawasan kampung orang asli yang pertama kitaorang rest dulu amik angin balik then sambung balik ride..sepanjang ride ni kena melalui rasanya dalam 3-4 kawasan perkampungan orang asli n trail dia sepanjang laluan dari kampung orang asli yang pertama tu smua single trail je climbing dia agak teknikal skit je la...sampai di kg. orang asli yang last aku, epoi n edy tunggu jap yang lain sambil melayan anak orang asli mandi sungai nasib baik budak budak yang mandi kalu anak dara diaorang naya kitaorang..sembang ngn makcik asli tu masa dia tengah nak tangkap rama-rama dia cakap kampung orang asli yang di empangan tu semua dh tutup jadi kawasan perkuburan diaorang plak semua dah nomad turun ke bawah dah..takut la gak, yer la perkuburan orang asli tu
lepas tu sambung trail dia yang semakin kecik n teknikal skit sbb licin, akhirnya sampai la gak dalam kul1.30 kalu tak salah ler cuma nak cari port lepak yang sesuai tak jumpa lagi sbab kat empangan tu panas n ada orang asli mancing malas la nak kacau so kena la turun bawah skit...bonusnya dapat la mandi waterfall hehehe air dia sejuk bangat air dari cameron highland la katakan cuma dah keruh la tu yang tak best tu lepak - lepak makan makan sambil sejukkan kaki, kitaorang mula turun balik dalam kul3 kalu tak salah ler..time turun super fast memang tak ingat punya kejap je rasanya dah sampai kampung orang asli yang pertama balik...lepas sambung balik tengah sedap sedap ride skali tyre member pecah la plak..tu la gatai mau pakai tyre 1.90 ada hati plak mau belasah jalan mcm tu dah pecah, nasib baik spare tube smua ada bawak.
dah sampai balik di kawasan kampung melayu gopeng kitaorang checkin balik di gerai kari ami hahaha belasah makan mee kari dia plk ..dah abih melepak baru balik ke kereta...
apa pon kesimpulannya, trail ni memang best walaupon sejarah laluan ni dah tak der hilang dek kerakusan manusia mengaut untung...trail climbing je lebih and some teknikal climbing, bagi aku tak berapa sesuai utk saper saper yang baru nak ride ni.blh putus napas ooo downhill masa balik memang best, jatuh kalu pecah kepala kalu tak pakai helmet hehehe

ok c ya for our next ride....

Earthlink Please Respect Cyclists.We Are Road User Too

White Water Rafting with Earthlink Clan

Date : Jun 25, 2011
Place : Gopeng, Perak

plan nak buat ala ala gathering la kononnya kali nih hehehe cuma kali ni kitaorang malas nak kayuh so buat la aktiviti lain plak asyik kayuh je bosan la gak yer hehehe
aku mula kuar dari rumah pagi tu dalam jam 6.30 pagi kalu tak salah, ingat nak sampai sebelum jam 8.00am ler so agak memecutkan diri le bawak keta tu and sampai di Gopeng betul betul lagi 5 minit nak kul8 hahahaha masalahnya geng- geng dari ipoh sendiri yang tak sampai lagi, apa la orang jauh blh sampai dulu.
kitaorang mula kumpul kat gerai Mee Kari Ami. 1st time aku datang makan kat sini tapi mee kari dia memang tip top super power la. Tengah lepak tu, abang n epoi janggot sampai lepak la lagi sambung makan hahaha then dekat nak kul 10 tu baru kitaorg gerak g Murni Camp, kengkawan pnya gak camp nih hehehe sampai murni camp paking keta then naik trak abang ramai ramai g atas tengk bdk bdk dari IKBN Pagoh buat waterfall abseiling.

memandangkan kitaorang punya trip utk water raft start kul 2pm so turun la balik g jalan kat gopeng...destinasi pertama muzium gopeng hahahahaha dah tak tau nak buat apa dh layan je la...
lepas lunch kat gerai tepai jalan @simpang pulai baru la kitaorg patah balik ke gopeng terus g murni camp....siap2 tuka baju apa semua follow guided kami utk hari tu kawan masa dok aktif climbing dulu gak ni..naik trak dia g starting point..sampai kat atas ramai yang tengah siap siap, bukan dari team kitaorang je ada lagi dari Nomad Adventure ngn River Bug diaorang guided beberapa team lagi so agak ramai la hari tu..dah siap prepare apa semua denga la taklimat keselamatan hari u, walaupun aku dah beberapa kali try white water rafting ni tapi bagi aku di setiap tempat ada risikonya so amik la perhatian yer. taklimat amy bagi ok la dia terangkan keselamatan n cara-cara menyelamatkan diri..dah settle amy bagi taklimat masa utk water confident la plak.
selesai semua tu baru naik boat. kitaorang punya team cukup2 6 orang so tak der masalah le kebetulan plak semua agak "ok" dengan aktiviti air kecuali epoi je so tak der la masalah sangat hehehehe.
condition arus hari tu tak le kuat sangat maybe tak hujan beberapa hari kat sini...jeram pertama yang dikatakan antara yang mencabar pon rasanya ok la apa ntah mana dia aku pon dah lupa..sepanjang "route" ni rasanya ada 3 jeram yang agak besar la n kesemuanya dapat diharungi tanpa ada yang terbalik or jatuh masuk air hehehe best la gak happy happy jer apa pon memang best le blh la try lagi lain kali di jeram yang lain plak
dah settle semua, mandi siap siap then g vonggee kat ipoh hahahaha layannnn sedap ooooo abih tu g jalan jalan ramai ramai kat jusco ipoh jap then baru terus balik semenyih, penat jangan cakap le memang penat tul rasanya masa sampai rumah tu

Please Respect Cyclists.We Are Road User Too

Hatyai Mountain Bike Jamboree

Naper??? citer dah basi yer hehehe biasa la dah lama tak menulis ni, jangan kata kat menulis blog ni pon dah lama tak berkesempatan nak bukak hehehe apa pon this is my another jalan jalan story

Date : mmmm biler ntah tak ingat hahahaha
Location : Hatyai, Thailand

Lepas mula mula dapat invite untuk event ni, aku dah mula agak teruja utk g hehehe bukan nak ride sangat tapi lebih to jalan jalan la and merasa skit ride dalam hutan kt negara orang so try la invite my team mates, kena cakap awal awl sebab time tu clash ngn race kat Ipoh anjuran HTR punya.

Our Journey bermula dari hari Khamis lagi, g kulim la dulu lepak kira esoknya tak le jauh sangat nak travel, member aku abang ngn edy balik kg masing masing.
on Friday morning, we proceed from kulim goes to Jitra first to take my mother in law that also following us to Hatyai, kira senang la skit coz my MIL is Siam people hehehe. By 10am we already at Malaysian Thailand border, before that we have to make Thailand car Insurance, tak mahal pon just RM16 if I not mistake. Just to cross the Malaysian border it's take almost 1hour because of the traffic and there a lot of cyclist that also want to cross the border, satu permandangan yang menarik hehehehe.
tunggu member punya pasal kat Duty Free complex ada la dekat dua jam then baru la kitaorg dapat masuk Danok. berhenti makan jap kat pekan danok. around 2pm baru sambung jalan, plan ingat mau singgah bundle kat Kronge (spelling dia mcm ni kot if i not mistake hehe) sebab dulu dah penah g dah memang rare la baju baju dia tapi tak jadi le sebab dah agak lewat dah so terus jalan jer la.
sampai di Hatyai rasanya dekat dekat dah nak kul 4pm (3.00pm waktu tempatan), tak der masalah utk check-in utk event but got a bit prob for rooms yang kitaorg dah booking on line awal awal. kitaorg menginap di JB Hotel Hatyai, kiraok gak ler hotel ni, for riders yang menginap di sini pihak hotel kasi good price :D bagus bagus. rest jap kat bilik petang tu terus g jalan jalan naik tut - tut hehehe

event day : bangun tido macam biasa (tak der plak rasanya bangun yang luar biasa yer hehe) lepas subuh siap siap terus keluar to starting point at Hat Yai Municipal Park kayuh jer dari hotel, tak ler jauh sangat but nasib baik ada GPS snang la skit kalu tak naya ler mau g sana..

sampai jer dah ramai dah riders yang tiba lebih awal siap ada breakfast lagi tu but yang tak bestnya perut la plak buat hal adusss leceh tul la time time ni la plak memulasnya mcm tngah gabra nak race plak hehehe

time nak start tu agak busy la skit and seperti kebiasaan sure ada riders lain yang menanti di lebih dari starting line, tak best la macam tu orang lain punya la berusaha nak dok depan starting line yang lewat blh plak dok lagi depan dari starting line tuh ish ish ish.disebabkan aku start kat depan so lepas start jer kena la tunggu teammates yang gatai start dok belakang dah jem..nak jalan dulu tak blh sbb dah janji nak ride sesama hehehe and after they catchup me back we try to move infront as fast as we can, after 6km on road masuk plak kawasan kebun getah...biasa la dah lewat ni so jalan pon terpaksa la ngelak orang skit and some time masa nak climb tu biasa la ada la jem skit, i'm not said i'm a pro rider but I'll try to climb without nolak hehehe
biler kitaorg dah dibahagian hadapan skit tak der masalah dah sangat, sampai di CP 1, without stopping but just take mineral water we proceed to CP 2, aku nak citer sangat pon tak ingat sangat dah tapi trail dia memang best ler complete package ada single trail ada, teknikal trail good climbing dan downhill so for all 4 CP's in around 50km we didn't s stop just take the mineral water and some bananas dan yang penting sekali tak de menolak walaupon ada satu climb yang agak panjang..bukan nak riak tapi memang tengah riak ler nih sbb jarang jarang berlaku hahahahahaha
kul berapa sampai di finishing line aku tak ingat tapi ketibaan kitaorang disambut meriah best oooo hehehe the organizer provided some foods and air cincau manis bangat blh kena diabetes kalu minum banyak mcm nih..lama gak ler melepak kat sini before sambung kayuh balik ke hotel...
sampai hotel rest jap then sambung jalan jalan...again....hehehe malam tu ada Dinner yang disediakan penganjur dan macam biasa ada ler lucky draw tapi yang tak bestnya selain dari jumlah makan yang kurang kitaorg tak der nasib malam tu tak dapat hadiah kecuali aku yang dapat beg SHIMANO hehehe and the organizer give us and all the teams certificate atas sokongan yang diberikan utk hantar team hehehe
lepas majlis tu sambung jalan with my wife and MIL cari barang skit lagi then balik hotel tido..esok pagi lepas my wife and her mother g pasar shopping lagi baru la balik..kali ni kitarog balik ikut padang besa tak macam time datang hari tu ikut bukit kayu hitam...

so secara kesimpulannya event ni blh la dimasukkan di dalam kalender event aku and my mates...sebab apa?? sebab event ni best tapi tak tau nak cakap macam mana dah hehe next year I'll be back....calossss

Please Respect Cyclists.We Are Road User Too

Earthlink Batu "Damn" Ride :D

Location : Batu Dam @ Damn :D
Time : Start golek Tyre dalam jam 9.00am
Date : 17 April 2011
Actually this is my 1 time rode at Batu Dam... dah lama plan nak kayuh kat sini asyik tak jadi jer so kali ni plan mesti jadi punya cuma plan nak g 4 orang jer tapi sorang rider terpaksa tarik diri anak tak sihat.
Trail yang kitaorang masuk ni bukan ikut trail yang biasa orang ride tapi ikut trail masa Nomad Adventure Eco-X dulu and rasanya that is the last time the trail has been using.

trail distance dekat jer lebih kurang 16km tapi masalahnya bila orang dah tak guna trail ni jalan dia dah teruk la nak kayuh pon agak susah and banyak pokok tumbang yang halang jalan...kalu pokok tumbang tu kecik tak per la gak ni besar giler sampai tak der nampak dah rupa trail dia..

rintangan yang pertama just pokok buluh tumbang jer so tak der hal la just cross under the bamboo tree tapi lepas tu baru jer nak ride balik ada lagi pokok tumbang and also pokok buluh yang menjadi masalahnya bukan kecik tapi besar giler saboo jer la nak buat trail baru ke kanan dah gaung nak ke kiri dah benteng bukit punya la tinggi so mcm mana pon kena la climb cross the tree...time ni memang risau bukan risaukan apa cuma risau ada "benda" yang bersembungi di sebalik rimbunan pokok buluh yang tumbang tu hehehehe kang ada yang mematuk kaki plak kang naya jer....

dah lepas crossing pokok tu baru sedap sedap mau kayuh ada lagi pokok tumbang kali ni lagi besar pokok jenis apa ntah aku pon tak tau yang pasti pokok hutan hehehehe dah le apa parang tak bawak takkan nak potong guna chain cutter kot lain la kalu bawak chainsaw kali ni aku dah rasa mcm pelik skit ler sbb naper banyak sangat rintang yang perlu ditempuhi :P tu belum masuk kena duri pokok rotan la sejumlah besar rakan rakan pacat la fuhhhh....dah rasa macam tengah masuk adventure race la plak...dah lama tak joint adventure race ni

apa pon yang pasti trail ni memang best kalu takder banyak sangat pokok tumbang mcm ni siap boleh behenti mandi air terjun lagi cuma remember check back inside ur cycling shoe coz maybe "someone" already stadnby to suck ur blood :p

sepasukan pacar sedang menghisap darah secara berjemaah

river scrambling :D




more picture on my friend FB : link

Please Respect Cyclists.We Are Road User Too